Testimonial Klien











Memberikan khidmat nasihat yang terbaik merupakah cara kerja kami di MAA Takaful Berhad. Sebagai Penasihat berkaitan perlindungan, pelaburan dan kewangan kepada klien, NILAI WANG yang dicarum oleh mereka sentiasa menjadi keutamaan kami. Klien tidak menyedari adakah sejumlah wang yang mereka peruntukkan setiap bulan atau tahun ke dalam syarikat Insuran / Takaful itu benar-benar telus? menguntungkan? dapat dimaksimakan? atau berbaloi buat mereka dan famili?...

Mengapa ia menjadi keutamaan kami? kerana kami sering kali berhadapan dengan sikap ketidaktelusan sesetengah perunding dari syarikat lain yang dengan sengaja menyembunyikan fakta dan maklumat berkaitan produk.    
  • Pertama, kami berusaha memastikan klien mendapat Nilai caruman yang benar-benar memberi manfaat yang berbaloi kepada mereka.
  • Kedua, memastikan keperluan Takaful dan kewangan klien pada aras yang bersesuaian dengan Nilai Caruman mereka setiap bulan atau tahun di MAA Takaful. 
JADI, MENGAPA PERLU ANDA MEMBAYAR LEBIH UNTUK KAD PERUBATAN DARI SYARIKAT YANG LAIN....HANYA SEMATA-MATA UNTUK ANDA MENDAPATKAN KEMUDAHAN YANG SAMA!!! 

Sudah tiba masanya untuk anda menjadi PENGGUNA BIJAK..!!!


TESTIMONIAL 1

NAMA KLIEN : EN SAMSURI SABARUDIN
UMUR KLIEN : 37 TAHUN
PENYAKIT : DEMAM PANAS
HOSPITAL : KPJ SELANGOR SHAH ALAM
TARIKH MASUK  : 07/12/2012     TARIKH KELUAR : 09/12/2012
PELAN : SMARTMEDIC 100 PLAN 4 & TAKAFUL HAJJ
ELAUN HOSPITAL: RM400 (2 HARI)
JUMLAH BIL HOSPITAL : RM3,135.70 
KOS TIDAK DITANGGUNG : RM62.20 NON MEDICAL ITEM - TAG NAMA/DAFTAR

Klien menelefon kami apabila demamnya masih tidak kebah setelah 3 hari, pada jam 11.30 malam kami bergegas ke rumah klien dan menemani beliau untuk mendapatkan rawatan di KPJ Selangor. Doktor merawat mendapati suhu badan beliau terlalu panas dan perlu ditahan untuk rawatan lanjut. Alhamdulillah, doktor pakar mengesahkan beliau hanya mengalami demam biasa...mungkin Demam Ombak Rindu sebab Isteri beliau outstation ke Jepun selama 3 minggu di waktu itu. 


Klien sedang dipindahkan dari out patient treatment ke Wad Deluxe Superior Suite VIP KPJ Selangor, harga bilik sehari RM450. Layanan cukup Istimewa dan terbaik. Dalam keadaan tidak sihat demam panas...Klien tetap gembira dan masih mampu mengukir senyuman....mengapa? kerana beliau tidak perlu lagi gusar berkaitan bil rawatan... 




















TESTIMONIAL 2

NAMA KLIEN : EN NOR AZLAN RAHMAT
UMUR KLIEN : 39 TAHUN
PENYAKIT : BATU KARANG
HOSPITAL : DEMC SHAH ALAM
TARIKH MASUK : 21/04/2013     TARIKH KELUAR : 24/04/2013
PELAN : SMARTMEDIC 100 PLAN 1 & TAKAFUL HAJJ
ELAUN HOSPITAL: RM200 (4 HARI)
JUMLAH BIL HOSPITAL : RM14,425.85 
KOS TIDAK DITANGGUNG : RM64.20 NON MEDICAL ITEM - TAG NAMA/DAFTAR

Klien menelefon kami pada jam 12.40 pagi, beliau mengadu sakit yang teramat sangat pada salur kencingnya. Kami menasihatkan beliau terus mendapatkan rawatan di DEMC pada waktu itu dengan ditemani oleh isterinya. beliau agak bimbang kerana Kad Perubatannya tertinggal di pejabat, namun kami tetap menyuruh beliau terus ke hospital dan kami dapatkan No Kad perubatan beliau melalui rekod kami dan membuat pengesahan dengan Micares (MCO MAA Takaful) serta merta...Alhamdulillah tiada masalah semasa kemasukan. Keesokkan pagi jam 7.30 beliau menjalani X-ray dan doktor pakar mengesahkan wujud batu karang. Hari kedua, beliau selamat menjalani pembedahan... 



Kami bersama En Azlan sehari sebelum beliau menjalani pembedahan Batu karang di Hospital Pakar DEMC, Shah Alam. Dalam keadaan sakit beliau masih mampu untuk senyum, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. 



Pengalaman pertama dan bermakna buat En. Azlan ketika berada di Hospital Pakar DEMC, pada hari pertama berada di wad beliau tertanya-tanya apabila borang menu diberikan kepadanya untuk diisi. Sempat beliau bertanya kepada kami 

"Bro, ni kalau aku order makan dalam menu ni kena bayor ke?..." 

sambil tersenyum saya membalas...

"Bro!! awak order apa jer yang teringin awak nak makan dalam menu tu...semua caj dah termasuk dalam tanggungan MAA Takaful.."


Melawat ke rumah Klien selepas seminggu beliau menjalani pembedahan batu karang, untuk kami menguruskan klaim Elaun Hospital beliau. Alhamdulillah, kegembiraan jelas kelihatan di wajah En. Azlan kerana bliau cukup berpuas hati dengan kecekapan pihak hospital serta layanan di sana. Seminggu selepas itu, beliau kembali semula ke DEMC untuk menjalani rawatan susulan.


SmartMedic MAA Takaful memang TERBAIKKK..!!!!

Pada 08/05/2013, En. Azlan kembali semula menjalani rawatan susulan di Hospital Pakar DEMC untuk mengeluarkan tiub di dalam saluran kencing beliau. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Bil rawatan yang dikenakan kepada beliau RM2,172.72 tetapi beliau HANYA perlu membayar RM60.00 sahaja....bayaran selebihnya ditanggung oleh MAA Takaful SmartMedic...


TESTIMONIAL 3

NAMA KLIEN : ADIK AHMADINEJAD SHAH AIMAN
UMUR KLIEN : 2 TAHUN
PENYAKIT    : DEMAM, BRONCHITIS & JANGKITAN PERNAFASAN
HOSPITAL : KPJ DAMANSARA, SELANGOR
TARIKH MASUK : 29 APRIL 2012     TARIKH KELUAR : 04 MAY 2012
PELAN : SMARTMEDIC 100 PLAN 2
BIL HOSPITAL : RM5,141.85
KOS TIDAK DITANGGUNG : RM221.43  NON MEDICAL ITEM- KADAR BILIK MELEBIHI HAD, ADMIN DAN TAG NAMA.

Klien menelefon pada jam 1.20 petang dan memaklumkan kepada kami anaknya yang berusia 6 bulan lebih demam kuat dan batuk semenjak 2 hari lepas. Setelah disemak, Alhamdulillah Kad SmartMedic anaknya sudah melepasi 6 bulan. Lantas kami mencadangkan agar anak mereka dibawa segera ke Hospital. Sampai di Hospital Pakar KPJ Damansara dan setelah dirawat, doktor mendapati anak klien dijangkiti Bronchitis dan Acute Respiratory Infection. Oleh kerana bilik biasa penuh, klien terpaksa memilih bilik single bernilai RM230 (limit bilik RM200) dan pihak Hospital KPJ Damansara meminta deposit RM500. Anak klien dirawat selama 5 hari.


Hanya sesetengah Hospital Pakar yang meminta Deposit dan ada yang tidak. Seperti Hospital DEMC pihak mereka tidak mengenakan Deposit. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu khuatir dan bimbang kerana Deposit anda akan dipulangkan kembali apabila anda discharge dari Hospital.

HAD BILIK - Kad Perubatan SmartMedic mempunyai 5 Plan berbeza P150, P200, P300, P500 dan P1000.

Seandainya harga bilik klien tidak melebihi Had RM200/sehari, klien hanya perlu membayar RM62.43 SAHAJA. Oleh kerana bilik penuh, klien terpaksa memilih bilik single RM230/sehari. Lebihan caj bilik sehari adalah RM30.00 x 5 hari: RM150 + cukai RM9.00 : RM159.00 Caj Lebihan (Excess Charges).